Pada 24 hingga 27 Nov yang lalu saya telah melancong ke Bali, Indonesia bersama keluarga saya. Bali sememangnya sebuah pulau pelancongan yang mempunyai banyak keunikan dari segi muka bumi, landskap, arkitektur, budaya, agama & pelbagai lagi.memang sebuah tempat pelancongan yang indah & menarik. Di sana, kami telah mengunakan khidmat "Supir" atau dengan nama lainnya pemandu @ driver. Supir kami bernama Ketut Suastika (http://www.balivacationdriver & emailnya: oky_zhonk@yahoo.com) yang berasal dari Kuta, Bali. Beliau seorang supir yang mesra & baik. Kami berpuas hati dengan pemanduannya & penerangan mengenai sesuatu tempat yang kami lawati di sana.
berikut adalah beberapa gambar yang telah aku abadikan dengan menggunakan kamera Canon 400D aku.